Polis Zionis cetus pergaduhan di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 24 Apr 2016 (PIC) — Pasukan polis Zionis pagi tadi menyerang para jemaah dan murabitun setelah mereka cuba menghalang pelampau Yahudi meneruskan ritual Talmud di Masjid al-Aqsa.

Segerombolan 25 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk masjid pada jam 7:30 pagi dengan dikawal oleh pasukan polis sebelum beberapa orang daripada mereka cuba melakukan ritual di Pintu Rahma.

Dalam insiden berasingan, beberapa orang pendatang Yahudi menari secara provokatif ketika mereka berjalan keluar meninggalkan masjid suci umat Islam itu melalui Pintu Silsila.

Pelampau Yahudi yang pernah cuba meletupkan Masjid al-Aqsa, Yahuda Etzioni, turut menyertai pencerobohan pagi tadi.

Sebuah pertubuhan Yahudi dilaporkan membuat liputan secara langsung aktiviti pencerobohan mereka ke atas Masjid al-Aqsa.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts