Polis Zionis cuba culik kanak-kanak 10 tahun

AL-QUDS, 30 Jun 2017 (Maan) — Polis penjajah Zionis hari ini menahan seorang remaja berumur 15 tahun dan cuba menculik seorang kanak-kanak berumur 10 tahun ketika menyerbu kawasan Kroum al-Qamar di kejiranan Silwan yang terletak di al-Quds Timur untuk menyerah arahan meroboh beberapa buah rumah di kawasan Wadi Hilweh.

Pasukan polis memecah masuk rumah Muhammad al-Abasi di Silwan dan cuba menangkap dua anak lelakinya yang sedang mandi; Nasir, 15, dan Hamza, 10, atas tuduhan membaling batu.

Hamza dibebaskan setelah keluarganya menghalang pasukan polis mengheret anak kecil itu ke dalam sebuah kereta polis. Bagaimanapun, Hamza diarah hadir untuk disoal siasat di balai polis Zionis di Jalan Salah al-Din di al-Quds Timur.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts