
BAITULMAQDIS, 30 Jul 2019 — Polis penjajah Zionis cuba menculik seorang kanak-kanak Palestin berumur tiga tahun di Baitulmaqdis, dan mengeluarkan arahan kepada keluarganya supaya membawa beliau untuk diinterogasi, semalam.
Segerombolan besar polis Zionis menyerbu daerah Issawiya di timur kota Baitulmaqdis untuk menangkap kanak-kanak tersebut, Mohamed Rabaa Aliyan. Mereka pada mulanya mengejar Mohamed, namun kemudian mengeluarkan arahan kepada keluarganya supaya membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis di Jalan Salahuddin, berdekatan Pintu Damaskus di Kota Lama, untuk diinterogasi.
Mohamed dituduh membaling batu ke arah sebuah kenderaan polis Zionis di Issawiya.
Ayahnya, Rabaa, membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis sambil diiring oleh penduduk-penduduk Palestin. Apabila mereka tiba di balai polis, tentera Zionis berkawal di situ dan enggan membenarkan Rabaa dan anaknya memasuki balai polis.
Mereka sebaliknya membawa Rabaa masuk untuk disoal siasat. Polis Zionis mengugut Rabaa untuk menangkap Muhamad dan menghatar beliau ke pusat jagaan Perbandaran Zionis, sekiranya beliau tidak mengentikan anaknya membaling batu.
(PIC, MEMO)



