AL-QUDS, 9 Mei 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis petang semalam menculik tiga kanak-kanak Palestin dalam dua insiden yang berasingan di al-Quds.
Polis berpakaian preman menculik dua kanak-kanak di Jaln Salman al-Faresi di bandar Attur, al-Quds Timur. Manakala seorang lagi kanak-kanak, Omar al-Za’anin, diculik di rumahnya di Kota Lama al-Quds.
Pada hari yang sama, polis Zionis mengarahkan Marwan al-Hashlamon, 60, hadir untuk disoalsiasat dan kemudian mengharamkan beliau memasuki kawasan Masjid al-Aqsa. Beliau telag beberapa kali ditangkap sepanjang bulan lalu.
Manakala seorang lagi penduduk, Akram al-Sharfa, dilanjutkan hukuman larangan memasuki masjid suci umat Islam itu. Beliau tidak dibenarkan memasuki al-Aqsa sejak dua setengah tahun lalu.