BAITUL MAQDIS, 30 Mei 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis hari ini dikerahkan ke seluruh kota Baitul Maqdis bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi menuju ke Tembok al-Buraq untuk menyambut hari Shavout.
Sambutan akan diadakan pada malam hari Shavout yang jatuh pada hari Rabu, berkebetulan dengan waktu solat terawih di Masjid al-Aqsa.
Terdahulu, pihak polis mengumumkan langkah keselamatan yang akan diambil ke atas penduduk Palestin yang memasuki Baitul Maqdis tanpa permit dan pihak yang menyediakan pengangkutan serta penginapan kepada mereka.



