AL-QUDS, 19 Nov 2015 (PIC) – Unit Pengawasan polis Zionis, Mabat 2000, mengendalikan sebanyak 400 buah kamera keselamatan di seluruh kota Al-Quds.
Media Zionis, Yedioth Ahronoth, mendakwa Mabat 2000 yang merupakan sebuah pusat teknologi kawalan keselamatan telah berjaya menghalang banyak serangan menikam dan melanggar dengan kenderaan yang dilakukan oleh penduduk Palestin.
Kamera tersebut dilaporkan dapat memberi rakaman secara langsung dari setiap lorong dan setiap inci kawasan Kota Lama.
Bagaimanapun, operasi Mabat 2000 tidak melibatkan kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa.