Polis Zionis halang jemaah masuk al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 29 Jun 2017 (PIC) — Polis Zionis pagi tadi menghalang para jemaah memasuki Masjid al-Aqsa bagi memberi laluan kepada puluhan fanatik Yahudi menceroboh masuk dan berarak di tapak suci umat Islam itu.

Pada mulanya, hanya jemaah yang berumur di bawah 40 tahun dilarang masuk. Namun kemudiannya semua jemaah tidak dibenarkan masuk, tanpa mengira had umur. Manakala puluhan lagi jemaah terkandas di dlaam masjid apabila polis Zionis mengepung dan menutup semua pagar keluar-masuk.

Beberapa gerombolan pendatang Yahudi yang dipimpin oleh ketua polis Zionis di Baitul Maqdis, Uni Levi, menceroboh masuk kononnya sebagai memperingati kematian pendatang Yahudi setahun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts