Polis Zionis halang murabitun memasuki Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 16 Julai 2017 (PIC) — Polis Zionis menghalang para penjaga Masjid al-Aqsa, atau murabitun, daripada memasuki tapak suci umat Islam itu.

Pada masa yang sama mereka menyerang puluhan penduduk al-Quds dan pekerja Jabatan Wakaf yang enggan memasuki masjid melalui alat pengesan logam dan kemudian mendirikan solat Zuhur di hadapan Pintu al-Asbat.

Polis Zionis membenarkan penduduk kota al-Quds memasuki al-Aqsa mulai tengahari tadi, dengan syarat melalui alat pengesan logam. Bagaimanapun penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Wilayah Jajahan 1948 masih dilarang memasuki kota al-Quds, walaupun mereka mempunyai permit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts