Polis Zionis halang penduduk kota Baitulmaqdis ke Masjid al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 22 Sep 2020 — Polis penjajah Zionis awal pagi tadi menghalang penduduk Baitulmaqdis dari luar Kota Lama menuju ke Masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Subuh.

Lebih ramai anggota polis Zionis dikerahkan ke laluan-laluan masuk Kota Lama dan Masjid al-Aqsa, dan mereka hanya membenarkan penduduk Kota Lama memasuki masjid.

Ahli Parlimen Palestin, Ayman Daraghmeh, mendakwa rejim Zionis mengambil kesempatan dari sikap berdiam diri bangsa Arab dan penduduk Palestin untuk mencapai objektif mereka ke atas Masjid al-Aqsa. Beliau menyeru para jemaah meningkatkan kehadiran ke tapak suci umat Islam itu bagi menghalang komplot jahat Zionis.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts