Polis Zionis halang pengkebumian Muslimat di al-Quds

AL-QUDS, 5 Dis 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis tengahari tadi secara tiba-tiba mengepung tanah perkuburan Bab al-Rahmah yang terletak bersebelahan Masjid al-Aqsa dan menghalang upacara pengkebumian Khadija Abu Doula, atas dakwaan kawasan perkuburan itu terletak di atas tanah milik Yahudi.

Jenazah Khadija dibawa ke Bab al-Rahmah setelah selesai solat jenazah di Masjid al-Aqsa, namun pihak polis mengarahkan keluarga almarhumah mengkebumikan beliau di tanah perkuburan lain kerana kawasan itu kini teah menjadi sebahagian daripada tanah milik negara haram Yahudi, di mana sebuah “taman negara” akan dibina.

Dua pemuda dari keluarga almarhumah ditangkap diheret ke pusat interogasi Qishleh kerana membuat persiapan pengkebumian di situ.

Tanah perkuburan Bab al-Rahma menjadi tempat persemadian penduduk Islam sejak lebih 1,000 tahun lalu. Pihak Zionis merampas dan memagar sebahagian daripada kawasannya pada bulan September 2015.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts