AL-QUDS, 8 Julai 2014 (Ma’an) — Polis Zionis menghalang wanita dan pemuda Palestin daripada memasuki masjid al-Aqsa sejak awal pagi Isnin.
Hanya warga tua dibenarkan memasuki kawasan masjid, bagaimanapun mereka terpaksa menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pegawai Zionis yang ditempatkan di pagar utama. Polis turut menutup empat pagar masuk utama masjid.
Sekatan ini menyebabkan kawasan masjid kelihatan kosong berbanding dengan bulan Ramadhan pada tahun-tahun lalu, di mana ratusan jemaah dari Tebing Barat, Al-Quds dan Kawasan Jajahan 1948 mengunjungi masjid Al-Aqsa setiap hari.