Polis Zionis haramkan pengkebumian syuhada al-Quds di kawasan asal mereka

AL-QUDS, 9 Jun 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan pengkebumian penduduk al-Quds Timur di kawasan kejiranan atau bandar asal mereka. Sebaliknya pihak Zionis akan menentukan di mana mereka akan dikebumikan.

Pihak Zionis mendakwa keputusan itu dibuat selepas insiden pengkebumian Alaa Abu Jamal beberapa minggu lalu, di mana sekitar 200 orang penduduk berkumpul di tanah perkuburan Jabel Mukaber dan melaungkan slogan anti-Zionis serta mendokong almarhum, yang dianggap oleh Zionis sebagai seorang pengganas.

Berikutan insiden tersebut Menteri Keselamatan Awam Zionis, Gilad Erdan, mengarahkan supaya dibekukan rancangan menyerahkan semua jenazah “pengganas” yang masih ditahan kepada keluarga mereka.

Keputusan terbaharu ini, yang turut mendapat kelulusan Gilad, akan memberi hak kepada polis Zionis menentukan lokasi pengkebumian dan mengawal sepenuhnya ke atas orang yang mengiringi upacara pengkebumian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts