Polis Zionis haramkan Sheikh Bukairat masuk al-Aqsa selama 6 bulan

BAITULMAQDIS, 4 Nov 2020 — Polis penjajah Zionis hari ini mengeluarkan arahan mengharamkan Timbalan Ketua Pentadbiran Wakaf Islam di kota Baitulmaqdis, Sheikh Najeh Bukairat, memasuki Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya untuk tempoh selama enam bulan.

Sheikh Bukairat juga dilarang memasuki Kota Lama Baitulmaqdis serta mana-mana laluan menuju ke al-Aqsa.

Rabu lalu, polis Zionis menyerbu pejabat Sheikh Bukairat dan menahan beliau, kemudian mengeluaran arahan mengharamkan beliau memasuki Masjid al-Aqsa selama seminggu serta mengarahkan beliau hadir ke pejabat perisikan Zionis, Shin Bet, untuk diinterogasi.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts