Polis Zionis iring lebih 80 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 3 Dis 2018 — Rabai fanatik yang juga Ahli Parlimen Zionis, Yehuda Glick, pagi tadi memimpin lebih 80 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba, bersempena perayaan Hanukkah.

Glick dan pengikutnya melakukan ritual Talmud ketika berada di atas tapak suci umat Islam itu dengan diiring oleh pasukan polis bersenjata.

Gerombolan besar polis Zionis dikerah ke perkarangan Masjid al-Aqsa, sementara beberapa kumpulan pendatang Yahudi yang lain menunggu untuk menceroboh masuk.

Pendatang Yahudi menceroboh masuk al-Aqsa setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu, terutama di awal pagi apabila suasana lengang kerana para jemaah pulang selepas menunaikan solat Subuh untuk tugasan harian.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts