Polis Zionis Iringi 12 Pandatang Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 1 Dis 2015 (PIC) — Sekumpulan pendatang Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui Pintu Magharibah, dengan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan khas dan polis Zionis.

Seramai 12 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk, dengan pasukan keselamatan khas bertindak menghalang para jemaah daripada mengganggu kehadiran mereka. Para jemaah bagaimanapun tetap cuba menghalang dengan laungan takbir Allahu Akbar apabila kumpulan penceroboh tersebut melalui Musolla al-Qibli.

Lebih 774 pendatang Yahudi menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa sepanjang bulan November lalu. Pada mas ayang sama pihak Zionis menghalang dang mengharamkan wanita Palestin daripada memasuki Masjid Al-Aqsa. Polis Zionis turut merampas kad pengenalan para jemaah yang memasuki masjid.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts