AL-QUDS, 17 Julai 2016 (PIC) — Segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa secara provokatif pagi tadi, dengan diiringi dan dikawal oleh pasukan polis Zionis.
Sebahagian pendatang cuba melakukan ritual agama mereka di tapak suci umat Islam itu, tetapi berjaya dihalang oleh para jemaah.
Pada masa yang sama pihak polis penjajah terus menyekat beberapa orang Muslimat Palestin memasuki masjid. Muslimat terbabit berkumpul berdekatan pintu-pintu masuk masjid sambil membaca al-Quran.