Polis Zionis kepung al-Aqsa, iring pendatang Yahudi ceroboh masuk

BAITUL MAQDIS, 2 Julai 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis membuka Pintu al-Maghareeba di Masjid al-Aqsa dan mengepung perkarangan tapak suci umat Islam itu sebelum mengiring beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk pagi tadi.

Pada masa yang sama puluhan jemaah dilarang masuk untuk mendirikan solat di masjid ketiga paling suci itu.

Rejim Zionis menetap jadual bagi pelampau Yahudi menceroboh masuk pada hari biasa di luar musim perayaan, iaitu syif pagi dari jam 7:00 pagi hingga 10:30 pagi, syif tengahari dari jam 12:30 pagi hingga 1:30 tengahari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts