Polis Zionis lalukan apa sahaja untuk halang program berbuka puasa di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 5 Jun 2018 — Polis Zionis memasang halangan di hadapan intitusi-institusi yang memberi sumbangan makanan berbuka puasa (iftar) di Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan.

Menurut penyelaras sumbangan di Masjid al-Aqsa, Bassam Abu Libdeh, polis Zionis memasang tiga sekatan di sepanjang laluan lori dan memeriksa makanan yang dibawa ke masjid, menyebabkan makanan tiba lewat.

Antara 1,500 hingga 2,000 pek makanan diagihkan setiap hari sepanjang 10 hari pertama Ramadan. Bagaimanapun, ia boleh memcecah sehingga 4,000 sepanjang 10 hari terakhir dan 15,000 pek pada hari Jumaat terakhir Ramadan.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts