BAITULMAQDIS, 16 Jan 2018 — Pasukan polis Zionis melarang kerja-kerja pengubahsuaian Masjid al-Aqsa serta mengugut untuk menangkap mereka yang tidak mematuhi larangan tersebut.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Wakaf, Feras al-Dabs, dalam kenyataannya menyebut bahawa seorang pegawai polis Zionis masuk ke Pejabat Pengurusan al-Aqsa dan mengarahkan Timbalan Ketua Projek Pengubahsuaian, Taha Uwaida, supaya menghentikan kerja-kerja di atas tapak suci umat Islam itu, termasuk di Kubah as-Sakhra’.
Kerja-kerja ubahsuai tersebut jiga melibatkan pembaikan mozek dan atap kayu, serta pengubahsuaian gerbang Masjid al-Qibli dan Musolla al-Marwani.
Beliau mengugut untuk menangkap serta-merta para pekerja yang engkar.
Menurut Jabatan Wakaf, larangan tersebut bertujuan untuk memberi laluan kepada projek yahudisasi al-Aqsa oleh pihak rejim dan pendatang Yahudi.
Beberapa malam lalu, lampu-lampu di Kubah as-Shakra’ tidak berfungsi berikutan kerosakan sistem elektrik yang masih belum dapat dibaiki kerana alat-alat tidak boleh dibawa masuk, walaupun pihak penyelengaraan masjid telah berusaha untuk membaiki sejak awal lagi.
(PIC)