AL-QUDS, 10 Mac 2016 (PIC) — Suasana tegang meningkat di sekitar Pintu Damaskus di Masjid al-Aqsa pagi semalam apabila polis penjajah Zionis memaksa seorang muslimat Palestin membuka pakaiannya untuk diperiksa.
Seorang polis wanita Zionis mengarahkan muslimat tersebut membuka pakaiannya di hadapan orang ramai, yang mana beliau enggan patuhi. Keadaan tersebut menimbulkan ketegangan di antara tentera Zionis dan penduduk Palestin yang berkejar ke tempat kejadian.
Saksi mengesahkan bahawa mangsa telah memohon supaya seorang askar lelaki Zionis beredar dari tempat tersebut untuk beliau membuka pakaian, tetapi askar tersebut enggan sehingga mencetus pertempuran di antara polis Zionis dan pemuda Palestin. Polis bertindak dengan menyembur gas lada pemedih mata ke arah para pemuda.