Polis Zionis Pasang Pengesan Logam Di Kota Lama Al-Quds

AL-QUDS, 8 Okt 2015 (Maan) — Polis Zionis memasang alat pengesan logam di sekatan-sekatan di sekitar Kota Lama Al-Quds sebagai langkah untuk menghalang serangan menggunakan pisau.

Radio tentera Zionis hari ini menyebut bahawa alat tersebut, sama seperti yang dipasang di sekatan-sekatan tentera, dipasang di pintu-pintu masuk kota dan berbagai pagar masuk ke kawasan penduduk Palestin yang dikawal oleh tentera.

Polis turut mewujudkan sektor bahasa Arab dalamĀ unit keselamatan siber bagi memantau aktiviti di jaringan sosial dan mengenal pasti bakal penyerang.

Langkah keselamatan tersebut diumumkan setelah seorang penduduk Palestin menikam dan mencederakan seorang Yahudi Ortodoks di Al-Quds Timur hari ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts