Polis Zionis & pendatang haram Yahudi ceroboh Al-Aqsa

AL-QUDS, 27 Dis 2015 (PIC) — Polis penjajah Zionis pagi tadi memberi laluan dan kawalan keselamatan kepada segerombolan pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke perakarangan Masjid AL-Aqsa.

Seperti lazimnya, para jemaah yang berada di kawasan masjid suci itu cuba menghalang kehadiran polis Zionis dan kumpulan fanatik itu dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Pada masa yang sama, penduduk Islam Palestin dikenakan sekatan untuk memasuki kawasan masjid, di mana pihak polis merampas kad pengenalan dan memeriksa ketat semua pemuda Palestin sebelum mereka dibenarkan masuk.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts