Polis Zionis roboh perkampungan Araqib kali ke-108

GURUN NAQAB, 12 Jan 2017 (PIC) — Ratusan penduduk Badwi Palestin kehilangan tempat berteduh apabila pasukan khas polis Zionis meroboh perkampungan mereka di al-Araqib, Gurun Naqab buat kali ke-108.

Polis Zionis turut merampas harta penduduk termasuk beberapa tangki air dan tiga buah kenderaan.

Al-Araqib adalah salah satu daripada 35 perkampungan Badwi di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh pihak rejim, melibatkan lebih 160,000 penduduk.

Rejim Zionis mula meroboh perkampungan al-Araqib pada 27 Jun 2010. Mereka turut membuat beberapa pendakwaan di mahkamah dan mengenakan denda yang berjumlah lebih 2 juta shekel ke atas penduduk Badwi di situ. Perkampungan tersebut diroboh kali terakhir pada 22 Disember 2016.

Rejim Zionis merancang untuk memindahkan penduduk Badwi keluar dari kawasan tersebut bagi membina sebuah bandar baharu khusus untuk pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts