Polis Zionis Rompak Kedai, Rampas Kereta dan Keldai di Silwan

BAITULMAQDIS, 27 Dis 2017 — Pihak perbandaran yang diiringi oleh pasuk polis Zionis menyerbu kejiranan Ein al-Loza dan Beir Ayoub di bandar Silwan yang terletak di selatan Baitulmaqdis Timur, memecah masuk kedai-kedai dan merampas barang jualan serta barang-barang yang diletak di luar kedai.

Mereka turut merampas sebuah peti sejuk seorang peniaga dan memusnahkan pintu kedai seorang peniaga gas memasak.

Kereta-kereta yang dipakir di kawasan kedai juga dirampas. Di samping itu, poilis Zionis merampas seekor keldai selepas menangkap pemiliknya, atas alasan beliau tidak mempunyai permit untuk memelihara binatang tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts