Polis Zionis sekat kawasan Pintu al-Amoud dengan halangan besi

BAITULMAQDIS, 22 Mei 2018 — Polis Zionis memasang sekatan besi di anak tangga Pintu al-Amoud bagi menghalang penduduk Palestin berkumpul di situ, menyebabkan ia tidak dapat dimasuki dari arah Kota Lama Baitulmaqdis.

Mereka hanya membuka laluan tersebut dengan satu koridor kecil, untuk pejalan kaki memasuki Kota Lama.

Biasanya puluhan penduduk Palestin berada dan bersosial di sekitar Pintu al-Amoud setelah selesai menunaikan solat Terawih di Masjid al-Aqsa.

Sekatan baharu ini bertujuan untuk menghasut penduduk Baitulmaqdis yang sedang menyambut bulan Ramadan, sekaligus mengganggu suasana kemeriahan malam-malam Ramadan di kota suci umat Islam itu. Sekitar 50,000 penduduk Palestin menyertai solat Terawih setiap malam.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts