Polis Zionis sekat kemasukan ke Masjid al-Aqsa sempena lailatulqadar

BAITUL MAQDIS, 20 Jun 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis mengerah ribuan anggotanya ke jalan-jalan di kota Baitul Maqdis dan persekitaran Masjid al-Aqsa bagi mengetatkan kawalan menjelang kunjungan penduduk Islam untuk beribadat di masjid suci itu sempena lailatulqadar.

Dalam kenyataan mereka semalam, polis Zionis menetapkan syarat bagi membenarkan penduduk Palestin masuk mengerjakan solat terawih.

Hanya lelaki yang berumur lebih 40 tahun akan dibenarkan masuk tanpa syarat, di samping kanak-kanak lelaki berumur bawah 12 tahun. Bagaimanapun wanita dari semua kategori umur dibenarkan masuk. Mereka yang tidak memenuhi syarat umur tersebut perlu mendapatkan kebenaran pihak Zionis untuk memasuki kota Baitul Maqdis.

Polis Zionis juga akan menutup beberapa jalan di kota suci itu, di mana pasukan keselamatan Zionis akan berkawal dari awal pagi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts