Polis Zionis sekat, tangkap warga Palestin ke Masjid al-Aqsa

Kota Baitul Maqdis, 28 Sep 2021 — Polis penjajah Zionis menyekat para jemaah dari Wilayah Palestin 1948 (“Israel”) yang menuju ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi, atas alasan “mencetus provokasi dan mengganggu keamanan”.

Sebuah bas dari Umm al-Fahm disekat, di mana pasukan polis memeriksa para jemaah dan menghalang mereka meneruskan perjalanan. Polis menangkap Muhammed Jabbareen dan Muhammed Istiti yang sedang dalam perjalanan dari Akka dan Umm al-Fahm menuju ke Masjid al-Aqsa.

Aktivis Palestin melancarkan kempen berkunjung ke Masjid al-Aqsa secara lebih kerap, sebagai tindak balas terhadap rancangan kumpulan pelampau pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu secara besar-besaran.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts