AL-QUDS, 6 Ogos 2017 — Pasukan polis penjajah Zionis menyerang jemaah di Pintu al-Majlis berdekatan Masjid al-Aqsa petang tadi, ketika mereka sedang membawa masuk barangan hadiah untuk satu upacara yang dijalankan di perkarangan tapak suci umat Islam itu.
Seorang penjaga masjid turut diserang manakala seorang lagi penjaga, Imran al-Rajabi, ditangkap di Pintu al-Silsila.
Ribuan penduduk Palestin menyertai satu perhimpunan di perkarangan masjid dengan membuat rantaian manusia sambil melaungkan slogan mendukung al-Aqsa dan mengecam pencabulan rejim Zionis.