AL-QUDS, 17 Julai 2017 (PIC) — Pasukan polis penjajah Zionis menyerang jemaah dan murabithun (penjaga masjid) yang berjaga di luar perkarangan Masjid al-Aqsa malam tadi.
Para murabithun dipaksa beredar dari kawasan tembok masjid, apabila mereka enggan memasuki tapak suci umat Islam itu melalui alat pengesan logam yang dipasang oleh rejim Zionis.
Polis Zionis mengekang kehadiran murabithun dengan memukul mereka secara kasar untuk menghalang mereka berjaga di luar masjid serta memaksa para jemaah memasuki masjid melalui alat pengesan logam.