Polis Zionis serang Muslimat berarak bantah larangan memasuki al-Aqsa

AL-QUDS, 6 Mac 2016 (PIC) — Pasukan polis Zionis petang tadi menangkap Hanadi Halawani, seorang guru al-Quran, setelah beliau menyertai sekumpulan Muslimat al-Quds yang mengadakan perarakan secara aman berdekatan Pintu al-Majlis di Masjid al-Aqsa.

Kumpulan Muslimat tersebut mengadakan perarakan bagi membantah larangan berterusan rejim Zionis ke atas mereka daripada memasuki masjid suci umat Islam itu sejak lebih lima bulan lalu. Polis cuba menyuraikan perarakan dengan melepaskan tembakan bom asap, namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Terdahulu, segerombolan fanatik Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan dikawal ketat oleh pasukan polis, sambil melakukan ritual keagamaan mereka secara provokatif, sehingga menimbulkan ketegangan di kawasan perkarangan masjid. Para jemaah memprotes pencerobohan dan hasutan tersebut dengan melaungkan takbir.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts