Polis Zionis serang penjaga Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 13 Mei 2018 — Pasukan polis Zionis pagi tadi menyerang penjaga-penjaga Masjid al-Aqsa, ketika mereka mengiringi sekitar 500 orang pelampau Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Para penceroboh memasuki tapak suci untuk melakukan ritual Talmud secara penuh provokasi, sehingga mencetus pertempuran dengan para jemaah dan penjaga masjid dari Jabatan Wakaf. Sebilangan penjaga masjid cedera diserang oleh polis, sementara penjaga Mohamed al-Salhi ditangkap selepas dipukul secara ganas.

Jabatan Wakaf merupakan pihak bertanggungjawab mengurus masjid serta semua kemudahan di perkarangan tapak suci itu.

Ketegangan memuncak di kota Baitulmaqdis sejak beberapa hari lalu apabila pelampau-pelampau Yahudi merancang sambutan ulang tahun pendudukan Zionis ke atas wilayah timur Baitulmaqdis pada 13 Mei, yang mereka gelar sebagai “Hari Penyatuan Jerusalem”.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts