AL-QUDS, 18 Julai 2017 (Maan) — Polis penjajah Zionis malam tadi menyerbu Hospital al-Makassed untuk menahan seorang pesakit yang cedera ditembak dalam pertempuran di kawasan Ein al-Luza di kejiranan Silwan, timur al-Quds.
Pasukan polis mengepung hospital dan memeriksa kad pengenalan staf hospital serta pelawat. Beberapa orang anggota polis berkawal di kawasan Unit Rawatan Rapi di mana pesakit tersebut, Alaa Abu Tayih, dirawat. Polis turut menghalang keluarganya masuk melawat.