Polis Zionis serbu hospital, serang dua pesakit

BAITULMAQDIS, 22 Jan 2019 — Polis penjajah Zionis memukul dua pesakit Palestin selepas menggempur Hospital al-Makassed di kawasan Jabal az-Zeitoun di Kota Baitulmaqdis, semalam.

Mereka dipukul dalam keadaan mata ditutup, dan kemudian ditangkap serta dilarikan ke stesen polis al-Maskubiya di barat Baitulmaqdis.

Polis Zionis menyerbu hospital tersebut untuk menghalang majlis sambutan hari ulang tahun ke-50 penubuhannya.

Menteri Dalam Negeri Zionis, Gilad Erdan, mengharamkan pihak pentadbiran Hospital al-Makassed menyambut ulang tahun penubuhannya, atas alasan ia ditaja oleh Pihak Berkuasa Palestin.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts