Polis Zionis serbu masuk dewan solat Bab al-Rahmah

KOTA BAITULMAQDIS, 14 Sep 2020 — Polis Zionis menyerbu masuk dewan solat Bab al-Rahmah di timur perkarangan Masjid al-Aqsa, tengahari tadi.

Mereka dilaporkan mengambil foto di dalam dewan solat sehingga mencetus provokasi terhadap para jemaah yang berada di situ.

Pada tahun 2019, polis Zionis mengunci pintu Bab al-Rahmah sehingga mencetus bantahan besar-besaran. Para jemaah akhirnya berjaya membuka semula pagar, dan mendirikan solat di situ buat pertama kali selepas dewan solat itu ditutup oleh rejim Zionis pada tahun 2003.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts