Polis Zionis tahan 10 pengawal al-Aqsa

AL-QUDS, 28 Mac 2017 (Maan) — Polis penjajah Zionis menangkap 10 pengawal Masjid al-Aqsa apabila mereka dikatakan menghalang seorang ahli arkeologi yang cuba mengambil keluar batu bersejarah dari tapak suci umat Islam itu.

Perbalahan tercetus apabila ahli arkeologi terbabit, yang dikawal oleh pasukan polis Zionis, menceroboh masuk al-Aqsa dan cuba mengambil batu dari kawasan larangan di lokasi bawah tanah tapak Musolla al-Qibli. Beliau di bawa keluar dari kawasan larangan tersebut, tetapi kemudiannya cuba memasuki semula melalui laluan bawah tanah dewan solah Marwani. Para mengawal sekali lagi menghalang beliau.

Tiga pengawal al-Aqsa ditangkap di perkarangan masjid manakala tujuh yang lain ditahan setelah polis memecah masuk rumah mereka tengahari kemudiannya. Lima daripada mereka dibebaskan setelah disoal siasat, manakala yang lain masih ditahan sehingga pagi Selasa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts