Polis Zionis tahan 2 pengawal al-Aqsa

AL-QUDS, 27 Julai 2016 (Maan) — Polis penjajah Zionis menahan dua orang pengawal keselamatan Masjid al-Aqsa pagi tadi, atas tuduhan menyerang “pengunjung bukan Islam” di atas tapak suci umat Islam itu.

Hamza al-Nabali dan Hamza al-Desse ditahan ketika mereka sedang bertugas. Manakala seorang lagi ahli jemaah masjid disoal siasat atas tuduhan menyerang dan mencederakan beberapa pendatang Yahudi di perkarangan al-Aqsa.

Empat pendatang Yahudi, yang menceroboh masuk dan meninjau-ninjau Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan polis Zionis, dilaporkan memetik buah zaitun ketika mereka tiba di Pintu al-Rahma. Beberapa orang jemaah cuba menghalang mereka, dan kemudiannya pasukan polis menyerang para jemaah tersebut.

Mereka yang dikatakan sebagai “pengunjung” itu sebenarnya adalah pekerja Jabatan Antikuiti Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts