Polis Zionis Tahan Remaja Perempuan di Al-Khalil

BETHLEHEM, 28 Mei 2014 — Polis Zionis menahan empat remaja perempuan Palestin di kawasan berbukit di selatan Al-Khalil, mendakwa mereka mencuri buah-buah cherry di situ.

Pertubuhan hak asasi B’Tselem melaporkan bahawa remaja yang berumur dari 11 hingga 15 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan dikawal oleh tentera Zionis. Bagaimanapun mereka ditangkap oleh pihak polis dan dibawa ke sebuah balai di Al-Khalil, tanpa diiringi oleh orang dewasa. Mereka ditahan selama empat jam sebelum diserah kepada pihak polis Palestin (Palestinian Authority.)

“Adalah tidak masuk akal dan tidak adil (tindakan) menahan empat anak-anak perempuan dengan prasangka kesalahan yang begitu kecil, lebih-lebih lagi apabila pihak berwajib disekat daripada melaksanakan undang-undang ke atas peneroka yang menyerang anak-anak ini dan keluarga mereka,” kata B’Tselem.

Peneroka Yahudi menyerang penduduk Arab Palestin dan harta mereka secara rutin di Tebing Barat. Lebih 90 peratus serangan tersebut dilakukan tanpa sebarang tindakan undang-undang.

Sukarelawan antarabangsa dari Operation Dove merakam insiden penahanan remaja tersebut.

———

Sumber: Maan News Agency

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts