Ringkasan

Polis Zionis tahan semula Sheikh Najeh Bakirat

BAITULMAQDIS, 22 Nov 2020 — Polis penjajah Zionis pagi tadi menangkap dan menahan Timbalan Pengarah Wakaf Baitulmaqdis, Sheikh Najeh Bakirat.

Sheikh Najeh ditahan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan. Terdahulu, beliau telah dilarang memasuki Masji al-Aqsa dan diusir keluar dari Kota Lama Baitulmaqdis untuk tempoh selama enam bulan.

Seramai 17 orang penduduk Palestin, termasuk pekerja dan penjaga Masjid al-Aqsa, diusir keluar dari kediaman mereka di kota suci itu sepanjang bulan Oktober lalu.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts