Polis Zionis tangkap 10 pelajar anak yatim

AL-QUDS, 17 Okt 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis menangkap 10 pelajar dari Sekolah Dar al-Aytam al-Islamiya setelah mengejar mereka di Kota Lama al-Quds pagi tadi, atas tuduhan membaling batu ke arah pendatang Yahudi.

Terdahulu, polis Zionis menangkap Pengarah Pentadbiran Pendidikan al-Quds, Samir Jibril, selepas memecah masuk sekolah tersebut secara ganas.

Sekolah khusus bagi anak-anak yatim itu dipecah masuk sebanyak dua kali sejak dua minggu lalu, di mana pengarahnya dan tiga lagi pelajar telah ditangkap.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts