Polis Zionis tangkap 15 ahli jemaah di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 5 Jun 2018 — Pasukan polis Zionis menangkap 15 ahli jemaah yang sedang membaca al-Quran ketika kumpulan pendatang Yahudi berlegaran di perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pintu al-Maghareba dibuka pada jam 7:30 pagi, dan pasukan polis Zionis dikerah bertebaran di perkarangan tapak suci itu dalam kumpulan yang besar sebagai persediaan membawa masuk pendatang Yahudi.

Ketika kumpulan pendatang Yahudi dibawa menceroboh masuk, pasukan polis menyerang sekumpulan ahli jemaah dan pemuda yang sedang membaca al-Quran, sebelum menangkap 15 orang daripada mereka dan diheret ke sebuah pusat interogasi Zionis di Kota Lama Baitulmaqdis.

Kira-kira 66 pendatang Yahudi menceroboh masuk al-Aqsa dalam tiga gerombolan pagi tadi.

Kumpulan pelampau Yahudi “Temple Mount” awal minggu ini telah mengadakan mesyuarat untuk meningkatkan pencerobohan ke atas tapak suci umat Islam itu sebagai cubaan menghapuskan tradisi menghalang pendatang Yahudi menceroboh masuk sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadan.

(PIC, Alray)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts