Polis Zionis tangkap 2 pemuda dari selatan Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 20 Feb 2018 — Pasukan polis Zionis hari ini menangkap dua pemuda termasuk seorang bekas tahanan setelah memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah mereka di bandar Silwan yang terletak di selatan Masjid al-Aqsa.

Seorang lagi pemuda dari kejiranan Ain al-Lawza di kota Baitulmaqdis diarah hadir ke balai polis untuk disoal siasat. Sementara itu pegawai-pegawai percukaian Zionis turut memecah masuk sebilangan kedai di kota Baitulmaqdis.

Pasukan keselamatan Zionis dikerahkan ke beberapa kawasan kota suci Baitulmaqdis termasuk Jalan Salah Uddin, Bab al-Sahera, Bab al-Amoud dan Jalan Sultan Sulaiman, di mana seorang pemuda ditahan sebelum dibebaskan semula di Bab al-Sahera.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts