Polis Zionis tangkap 2 pemuda di al-Quds

AL-QUDS, 14 Julai 2017 (PIC) — Polis Zionis menangkap dua pemuda Palestin di Jabal al-Mukabber, tenggara kota al-Quds, setelah menembak mereka.

Sepasukan polis menyerbu kejiranan al-Farouq di Jabal al-Mukabber dan menangkap seorang pemuda. Mereka kemudiannya mengejar seorang lagi apabila beliau melarikan diri dari lokasi, yang berjaya ditangkap setelah ditembak.

Suasana menjadi tegang di kota al-Quds dan sekitarnya apabila tentera Zionis mengetatkan kawalan berikuta peristiwa tembakan di Masjid al-Aqsa pagi tadi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts