Polis Zionis tangkap 25 penduduk kem Shu’fat

AL-QUDS, 5 Jan 2017 (Maan) — Lebih 25 penduduk Palestin ditangkap dalam serbuan polis Zionis ke atas kem pelarian Shu’fat di timur laut al-Quds malam tadi.

Pemuda Palestin cuba menghalang serbuan pasukan polis yang mengiringi pegawai perbandaran Zionis, yang masuk dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah jalan raya dan rumah penduduk.

Sebelum tercetusnya pertempuran, pegawai perbandaran Zionis mengeluarkan saman ke atas beberapa buah kedai yang mereka dakwa beroperasi secara haram.

Pertempuran juga tercetus di bandar Hizma yang berdekatan, di mana pasukan Zionis menembak bom pelali dan peluru getah ke arah kumpulan pemuda Palestin.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts