Polis Zionis Tangkap 4 Guru Wanita Termasuk Guru Besar

AL-QUDS, 6 Nov 2017 — Polis Zionis hari ini menangkap empat guru wanita, termasuk seorang Guru Besar, selepas menyerbu dan memecah masuk bilik darjah sekolah dan tadika Zahwat al-Quds di bandar Beit Hanina di utara al-Quds.

Guru Besar Muna al-Karrawi bersama tiga guru terbabit, yang masih belum dikenali identiti mereka, di bawa ke sebuah pusat tahanan di kota al-Quds.

Tentera Zionis kemudian menutup sekolah tersebut. Pihak sekolah terpaksa memindahkan para pelajar ke sekolah-sekolah lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts