BAITUL MAQDIS, 31 Mei 2017 (PIC) — Polis Zionis awal pagi tadi menangkap empat orang penduduk Palestin yang bertugas sebagai musaharati, iaitu pemukul gendang di jalan-jalan pada bulan Ramadan untuk mengejut penduduk Islam supaya bangun sahur, di Baitul Maqdis.
Mereka ditahan selama beberapa jam di stesen polis al-Qishla sebelum dibebaskan.
Seorang pegawai polis mendakwa mereka mengganggu pendatang Yahudi yang tinggal di kejiranan penduduk Islam dan mengugut untuk menangkap mereka semula sekiranya meneruskan usaha mengejut penduduk Islam yag tinggal berdekatan rumah pendatang Yahudi.
Musaharati terbabit bagaimanapun menolak ugutan tersebut dan tidak akan berhenti mengejut semua penduduk Islam hanya kerana memenuhi keinginanan beberapa orang pendatang Yahudi, yang datang ke kawasan kejiranan penduduk Islam dan tinggal di dalam rumah yang mereka rampas.
Mereka bekerja mengejut penduduk Islam di Baitul Maqdis setiap bulan Ramadan, dan ini merupakan kali pertama mereka ditangkap.