Polis Zionis tangkap 7 pemuda di Baitulmaqdis

KOTA BAITULMAQDIS, 10 Ogos 2020 — Polis penjajah Zionis hari ini menangkap tujuh pemuda Palestin selepas memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah mereka di kota Baitulmaqdis.

Semua mangsa iaitu Alaa Derbas, Fares Darwish, Taysir Moheisen, Mohammed Abu Akar, Omar al-Anati, Mohammed Salah ed-Din, dan Montaser Salah ed-Din ditangkap di bandar al-Isawiya, kem pelarian Shu’fat, dan bandar Hizma.

Mereka digari dan diheret ke pusat-pusat interogasi di Kota Baitulmaqdis. Bagaimanapun tiada maklumat diberikan tentang dakwaan ke atas mangsa.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts