Polis Zionis tangkap dua pekerja al-Aqsa, halang baiki pintu Musolla al-Qibli

AL-QUDS, 8 Mac 2017 (PIC) — Polis Zionis pagi tadi menangkap dua orang pekerja Masjid al-Aqsa, Issa al-Dabagh dan jurutera Basam al-Halaq ketika mereka menuju ke Musolla al-Qibli untuk membaiki pintu masuk dan menghalang kerja untuk membaik pulih.

Polis Zionis mendakwa pekerja-pekerja Jabatan Wakaf itu ditangkap kerana tidak mematuhi arahan supaya berhenti kerja.

Ketika kejadian, seramai 23 orang pendatang Yahudi yang dikawal oleh pasukan khas polis Zionis menceroboh masuk perkarangan masjid melalui Pintu al-Maghareeba. Mereka dilapor melakukan ritual agama di situ, mencetus kemarahan para jemaah dan murabitun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts