BEIT LAHM, 18 Okt 2016 (Maan) — Dua orang pendatang Yahudi cedera ringan apabila cermin kereta yang mereka naiki pecah di al-Quds Timur hari ini. Tidak lama selepas itu, seorang lagi pendatang Yahudi mendakwa dibaling dengan batu berdekatan Pintu al-Asbat di Kota Lama al-Quds.
Polis Zionis yang berkejar ke tempat kejadian bertindak mengejar dan menahan seorang kanak-kanak Palestin berumur 15 tahun. Apabila mangsa cuba melepaskan diri, polis menuduh beliau membaling batu ke arah pasukan keselamatan Zionis itu.
Kanak-kanak yang berasal dari kejiranan al-Tur itu kemudiannya dibawa ke sebuah pusat interogasi.
Tindakan polis Zionis tersebut agak mencurigakan kerana pasukan keselamatan Zionis termasuk “sukarelawan bersenjata” dikerahkan secara besar-besaran berjaga di seluruh kawasan al-Quds, khususnya di Kota Lama, sempena sambutan perayaan hari Sukkot.