
BAITULMAQDIS, 26 Ogos 2018 — Polis Zionis hari ini menangkap remaja perempuan Shifaa Abu Ghalia, 16, ketika beliau keluar dari perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu Hitta.
Shifaa adalah anak kepada murabitat (penjaga) al-Aqsa, Khadija Khweis.
Terdahulu, ibunya Khadija diarah hadir ke pusat tahanan polis Zionis untuk disoal siasat.
Shifaa kemudian dibebaskan dengan syarat diharamkan memasuki al-Aqsa selama 15 hari, sementara ibunya diharamkan masuk untuk tempoh selama enam bulan.
(PIC, IMEMC)