Polis Zionis tangkap sekumpulan wanita di al-Aqsa, termasuk keluarga Sheikh Raed Salah

BAITULMAQDIS, 25 Julai 2018 — Pasukan polis Zionis hari ini menangkap sekumpulan wanita Palestin, termasuk tiga ahli keluarga Sheikh Raed Salah, di Masjid al-Aqsa selepas didesak oleh pendatang Yahudi.

Menurut aktivis Muntaha Amara yang juga anak saudara Sheikh Raed Salah, beliau sedang duduk bersama sekumpulan wanita berdekatan Pintu al-Rahma untuk bersolat dan membaca al-Quran sebagaimana lazimnya. Ketika gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci al-Aqsa di waktu tengahari, seorang pendatang Yahudi mendesak kepada anggota polis, “Kamu mesti tangkap wanita-wanita ini. Tempat ini hak kita.”

Pasukan polis kemudian menangkap beliau bersama ibunya Naheda Abu Shaqra (kakak Sheikh Raed), 65, adik iparnya Fatema Kilani (menantu Sheikh Raed), serta beberapa wanita lain yang berada di situ.

Amara ditahan dan disoal-siasat selama kira-kira satu jam, tetapi kedua-dua ibu dan adik iparnya masih di tahan di pusat tahanan Qashla.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts